Kerajaan negeri menerusi Majlis Sukan Sabah akan beri insentif berjumlah RM5,000 kepada setiap atlet yang berjaya memenangi pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) baru-baru ini.
Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata insentif tersebut diberi sebagai penyuntik semangat kepada mereka yang mengharumkan negeri Sabah dalam temasya tersebut.